Produk & Perkhidmatan

Pancar Bakti menawarkan perkhidmatan perundingan dari segi pengurusan tanah, dan juga bertanggungjawab dalam mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan semua pihak yang telibat dalam pembinaan struktur telekomunikasi. Dengan kepakaran kami dalam bidang ini, proses pembinaan struktur telekomunikasi dapat dipercepatkan.

Pancar Bakti percaya bahawa menara merah dan putih adalah konvensional dan tidak lagi relevan pada masa kini. Sebagai alternatif, Pancar Bakti akan membina struktur- struktur telekomunikasi seperti :

Menara Muazan
(ditetapkan dalam kawasan masjid)

Lampu Limpah

Menara Pokok Estetik
Infrastruktur Gentian Optik (Fibre)
& Telekomunikasi

KELEBIHAN DAN FUNGSI STRUKTUR

Struktur telekomunikasi kami direka selepas mengambil aspek-aspek alam sekitar, keselamatan dan budaya hidup tempatan. Kami percaya menara konvensional yang sedia ada adalah besar dan mengurangkan kecantikan alam sekitar dan struktur-struktur bangunan.

Struktur telekomunikasi yang dibina oleh Pancar Bakti adalah bebas daripada radiasi yang disahkan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

KELEBIHAN DAN FUNGSI STRUKTUR

Dalam mereka bentuk struktur, kami telah mengabungkan ciri-ciri cadangan daripada orang ramai. Berikut adalah beberapa kriteria struktur :

  • Struktur yang direka mestilah berbeza daripada struktur konvensional, ianya mestilah kelihatan seperti monument atau struktur estetik yang bukan sahaja dapat mencantikan pemandangan tetapi juga dapat memberi manfaat kepada orang ramai seperti lampu jalan.
  • Memberi penekanan kepada faktor keselamatan awam dengan membina struktur mengikut garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Semua peralatan telekomunikasi hendaklah disembunyikan daripada pandangan mata kasar