Pengenalan

PANCAR BAKTI SDN BHD (PANCAR BAKTI) adalah 100% syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan pada 18hb Januari 2016. PANCAR BAKTI telah ditubuhkan untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan dengan pemerolehan tapak dan pembinaan struktur telekomunikasi dalam usaha untuk mengembangkan dan meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar.

PANCAR BAKTI ialah syarikat usaha sama antara BAKTI SUCI SOLUTION SDN BHD (BAKTI SUCI) dan CELLTRAX TECHNOLOGIES SDN BHD juga dikenali KONSORTIUM INFRASTRUKTUR W.P SDN BHD (KIWP).

BAKTI SUCI adalah perintis dalam teknologi maklumat dan komunikasi perniagaan, menyediakan teknologi maklumat, penyelesaian dan perkhidmatan untuk komunikasi bagi agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

KIWP adalah syarikat penyedia infrastruktur telekomunikasi yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan nombor lesen Pemberi Kemudahan Rangkaian NFP/I/2000/240 dan nombor lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian NSP/I/2000/236.

VISI KORPORAT
Pancar Bakti untuk menjadi penyumbang utama dalam menyediakan infrastruktur dan teknologi telekomunikasi yang bertaraf dunia

MISI KORPORAT
Mengekalkan dan menaiktaraf infrastruktur telekomunikasi sediaada dengan menyediakan solusi yang terbaik kepada syarikat-syarikat telekomunikasi.