Objektif Perniagaan

Pancar Bakti adalah bertindak sebagai ‘platform’ untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada syarikat telekomunikasi dari segi pengurusan tanah, pembangunan dan penyelengaraan struktur telekomunikasi di tanah-tanah dan aset-aset MAIS / JAIS (Baitulmal, Zakat, Wakaf, masjid, sekolah, institusi pendidikan tinggi dan lain- lain).


Fokus kami adalah untuk menjana pendapatan berterusan (recurring) kepada Bakti Suci melalui pembangunan dan penyewaan infrastruktur telekomunikasi bagi kegunaan industri telekomunikasi.

Memperoleh semula serta memaksimakan hasil yang menjadi hak kepada MAIS/JAIS supaya dapat diagihkan secara lebih adil dan bermanfaat kepada pembangunan sosio- ekonomi ummah.